Thursday, July 19, 2012

Abby Abadi kini sah ahli seumur hidup Pas


SHAH ALAM - Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan menyertai Pas malam tadi dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan Pas kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Akhir bulan lalu, beliau antara lain berkata bahawa belum sampai masanya untuk mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.



“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya dipetik Harakah Daily, hari ini.

Beliau dilaporkan menyerahkan borang keahlian Pas di Nilam Puri dekat Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.


No comments:

Post a Comment