Impian untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati, Shila Amzah memang telah lama ditanam oleh pelakon Sharnaz Ahmad,27, sejak menjalinkan hubungan cinta bersama.
Namun, Sharnaz Ahmad akui untuk mencapai impiannya itu, dia terlebih dahulu perlu lebih bersedia untuk memikul tanggungjawabnya sebagai suami bagi menyediakan semua keperluan untuk bakal isteri.
"Saya tidak akan mempersia-siakan hubungan cinta yang sudah terjalin. Saya mahu hidup bersama Shila untuk selamanya.
"Jadi, untuk ke arah itu, saya kini sudah mula untuk mengumpul aset serta duit untuk mendirikan rumah tangga bersamanya kelak.
"Selain berlakon, selepas ini saya bercita-cita untuk menambah pendapatan saya dengan melibatkan diri dalam dunia pengarahan," katanya yang ditemui selepas pelancaran drama Naziah di Kelantan Delights, baru-baru ini.
Sungguh pun begitu, Sharnaz bersyukur kerana dia masih mempunyai masa untuk berbuat demikian sebelum dijangka menamatkan status bujangnya dalam jangkn masa dua atau tiga tahun lagi.
"Saya menghormati keputusan keluargan Shila yang mahu kami mengambil masa dua atau tiga tahun lagi sebelum mendirikan rumah tangga.
"Jadi dalam masa itu, saya berharap dapat mengumpul sebanyak mana duit dan harta untuk meminang Shila," luahnya lagi.
Bercakap mengenai hubungan cintanya, Sharnaz berkata sehingga kini hubungannya bersama Shila berjalan dengan baik walaupun timbul perasaan cemburu Shila terhadapnya yang sering bergandingan dengan pelakon wanita lain.
"Shila mengenali ketika saya sudah bergelar pelakon. Begitu juga saya yang sudah mengenalinya ketika dia sudah bergelar penyanyi.
"Jadi masalah cemburu itu kurang timbul kerana kami memahami skop kerja masing-masing dan sudah tahu menjaga batas-batas pergaulan.
"Walaubagaimanapun, tidak dinafikan sikap cemburu itu tetap timbul dalam hubungan kami dan saya percaya begitu juga setiap pasangan bercinta yang lain," tambahnya lagi.
Sharnaz dan Shila mula berkenalan selepas kedua-duanya dipertemukan ketika penggambaran muzik video Patah Seribu.
No comments:
Post a Comment