Friday, June 1, 2012

Populariti Najib susut selepas Bersih 3.0

SHAH ALAM - Paras populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan daripada 69 peratus pada Februari lalu kepada 65 peratus bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.


Penurunan ini direkodkan dalam kajian yang diadakan dua minggu selepas perhimpunan Bersih 3.0, yang menuntut pendekatan tambahan bagi menjamin pilihan raya bebas dan adil sementara spekulasi menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri keenam, akan diadakan dalam waktu terdekat."

Satu kajian terbaru dijalankan di Semenanjung Malaysia mendapati kadar sokongan kepada perdana menteri merosot sedikit kepada 65 peratus pada bulan Mei (bulan lalu) daripada 69 peratus pada Februari lalu," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sementara 65 peratus menyokong kepimpinan Najib, paras mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau adalah sebanyak 29 peratus.Populariti itu sama paras dengan sokongan yang disaksikan Mei tahun lalu.

No comments:

Post a Comment