Wednesday, June 6, 2012

Pernikahan Nurul, Eric Depp dihadiri pelbagai bangsa (17 FOTO)


Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) telah sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini hari ini (Rabu 6 Jun 2012). Menamatkan status ibu tunggalnya selama 6 tahun, akhirnya jodohnya bertemu juga.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari tadi bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab. Lebih istimewa majlis pernikahan ini dilangsungkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis sebagai memudahkan pemahaman para tetamu yang datang dari pelbagai bangsa.

Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 15, manakala Eric Depp atau nama Islamnya Eric Daniel Depp, hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp. Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Nurul menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran RM5,000. Nurul turut menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara. Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.


Pada majlis berkenaan, Nurul tampil anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Riezman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua-dua mempelai dirias jurusolek Deq Sha. Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura dan suami, guru vokal Siti Hajar dan pelakon Jehan Miskin. Majlis diacarakan oleh pelawak Eida Moin dan penulis lirik Shah Shamsiri.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini. Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Mohd Faizal Maas (Ajai) pada 25 Dis 1996. Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.


Seramai enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bong Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place. Pasangan ini tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.

Semuga majlis mereka nanti akan berjalan lancar dan jodoh ini kekal hingga ke akhir hayat.

















No comments:

Post a Comment