Thursday, June 21, 2012

Norman Bidas Anuar Zain Tak Tahu Promote Lagu Guna Youtube


MANFAATKAN media baru. Itulah gesaan Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim kepada artis yang berdepan dengan masalah lagu mereka tidak diputarkan di stesen radio.

Norman berkata, penyanyi sekarang tidak boleh terlalu bergantung kepada stesen radio untuk mempromosikan lagu mereka. Ini kerana katanya, persaingan semakin sengit terutama dari segi bilangan lagu berikutan terlalu banyak kemudahan membolehkan industri melahirkan ramai penyanyi.

“Penggunaan laman sosial seperti YouTube juga adalah satu alternatif untuk penyanyi mempromosikan lagu mereka Jika mereka ada modal lebih, boleh hasilkan klip video yang berkualiti dan tayang di situ.
Jika tidak, mereka masih boleh membuat klip video yang ringkas iaitu meletakkan gambar serta lirik lagu. 

“Kebanyakan pendengar dan pembeli album adalah mereka yang celik teknologi maklumat (IT). 

Melalui cara itu, penyanyi boleh memperdengarkan lagu mereka sekali gus mempromosikan album mereka dengan cara yang lebih meluas,” kata Norman. 

Selain menggunakan media baru, Norman juga menyarankan penyanyi membenarkan karya mereka dijadikan lagu tema untuk sesebuah drama bersiri. 
“Sekarang bagaikan satu trend di kalangan stesen televisyen yang memperkenalkan lagu tema untuk drama bersiri terbitan mereka. 


“Jika mana-mana artis mempunyai hubungan baik dengan stesen TV, gunalah peluang itu untuk mempromosikan lagu mereka. Orang akan mudah ingat,” katanya yang mengalami masalah sama membabitkan artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman KRU Records. 

Komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS meminta artis yang berdepan masalah lagu tidak diputarkan stesen radio melihat perkara itu dari sudut yang berbeza kerana ia kebanyakannya membabitkan radio swasta. 

“Sebagai radio swasta yang berbeza dengan radio kerajaan dari segi menjana pendapatan, survival mereka banyak dibantu oleh faktor perniagaan. Dalam menjalankan urus niaga itu ada ketika mereka terpaksa melanggar beberapa perkara yang mungkin tidak dilakukan stesen kerajaan. Ini termasuklah memastikan hanya lagu yang diminati ramai saja yang diputarkan. 

“Sama ada suka atau tidak, faktor rating perlu diambil kira kerana dari situ mereka boleh menjalankan perniagaan sekali gus mendapatkan dana untuk mentadbir stesen terbabit,” katanya. 

Tanpa mahu menyebelahi mana-mana pihak, Ramli berkata, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih rasional. 

“Jika sesebuah lagu itu enak didengar, orang tetap akan suka dan membuat permintaan di radio,” katanya. 

Penyanyi senior, Zainal Abidin berkata, dia yakin tidak ada unsur pilih kasih di stesen radio sebaliknya lagu jarang diputarkan berpunca kurang permintaan dari pendengar atau menunjukkan populariti artis terbabit merosot. 

“Anuar seharusnya menggunakan saluran tepat dan bukan media (untuk menyatakan pandangannya). 

Nasihat saya, jangan gunakan pihakketiga.Sepatutnya,Anuarterus kepada stesen radio sendiri dengan menghantar surat permohonan untuk melihat bukti yang diminta itu atau melalui penerangan daripada stesen radio. 

“Jika tidak endah, barulah gunakan media. Saya setuju jika sesebuah lagu itu tidak popular sekalipun jika dimainkan kerap, ia pasti popular juga. Lagu popular datangnya daripada permintaan peminat dan jika tidak ada permintaan, siapa yang mahu putarkan.” katanya. 

Mengakui dia sendiri pernah melalui zaman kejatuhan sehingga lagunya tidak diputarkan di konti radio, Zainal berkata, ia adalah perkara biasa bagi artis dan kehendak peminat perlulah dipenuhi.

1 comment:

  1. hmmm, strange but truthfully i'm a recent AZ fan who actually got to know about his solo music through video clips made by a fan of his from another region in youtube. so yes, Norman does have a point in saying probably singers could use the new media as a source of promoting the album. however, difficulties undeniably do arise in safeguarding the rights of the materials though.

    ReplyDelete