Thursday, June 7, 2012

Noh: PTPTN sambung jika PKR akui salah


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini membayangkan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah.

Katanya, sekiranya PKR mengisytiharkan tidak mampu memberikan pendidikan percuma dan tidak membuat janji kosong, beliau yakin kerajaan persekutuan tidak kejam.

Ditanya sama ada masalah politik dalam isu itu hanya menyusahkan mahasiswa, Noh berkata, ia tidak akan berlaku sekiranya kerajaan negeri boleh memberikan pendidikan percuma yang dijanjikan.

Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim patut memberikan jawapan sama ada mereka mampu atau tidak.

No comments:

Post a Comment