PAS has slammed Najib Razak for saying debates are not part of Malaysian culture, saying the PM should instead just admit he is afraid to engage with Opposition Leader Anwar Ibrahim. |
Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini.
"Jadi yang budaya kita itu apa? " kata Mustafa.
Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'.
"'Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis.
Menurutnya lagi, dakwaan Najib itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan
"Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya.- malaysiakini
No comments:
Post a Comment