Thursday, June 21, 2012

Lisa Surihani Comel Untuk Watak The Smurfs (VIDEO)


Untuk peminat dan penggemar siri kartun animasi The Smurfs, mungkin anda akan teruja dengan perkhabaran di mana filem The Smurfs akan dialih bahasa ke bahasa Melayu dan akan dilakonkan atau menggunakan suara-suara selebriti terkenal tanahaair.

Antaranya, The Smurfs menggunakan suara pelakon Lisa Surihani bersama suaminya Yusry Abdul Halim yang bawa watak utama, penyanyi Hafiz bawa watak Clumsy, Papa Smurf dilakonkan oleh Hafidzuddin Fazil, Aznil Haji Nawawi sebagai Gargamel, AC Mizal, Emilia Rosnaida, Elfira Loy, Hanif Era FM, Ray Era FM dan ramai lagi.

Pada 5 Jun 2012 yang lalu telah diadakan satu sessi photoshoot dan juga promo TV untuk mempromosikan filem alih bahasa The Smurfs ini. Ramai yang hadir, antaranya, Lisa Surihani yang membawa Watak Smurfette.

Peminat bolehlah menonton filem The Smurfs dalam dwibahasa yang akan disiarkan di HBO & HBO HD pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 jam 8 malam. Kalau tak silap ianya bersamaan dengan hari raya pertama.

The Smurfs ialah kisah orang kerdil warna biru yang cute miut  ni diketuai oleh Papa Smurf. The Smurfs hasil ciptaan Pierre Culliford seorang warga Belgium pada tahun 1958 terkenal hingga ke hari ini. Papa Smurfs dikenali dengan baju merahnya dan janggut panjang , ada kebolehan membuat magik. 
Smurfette adalah watak wanita dalam cerita ni yang berambut panjang yang nak perangkap Smurfs tapi akhirnya dia menjadi ahli smurfs. 
Watak Brainy Smurf pula ialah watak yang perasan dia tu bijak dan mengganggap dialah orang kanan Papa Smurf. Dia selalu beri idea yang bermacam macam yg akhirnya menimbulkan masalah. 
Watak Smurf yg lain : Barber Smurf, Cobbler Smurf, Jokey Smurf, Grouchy Smurf, Dreamy Smurf, Greedy Smurf, Vanity Smurf, Handy Smurf 
Lisa Surihani diberi suara untuk watak Smurfette dan suara Yusry untuk Brainy Smurf.






No comments:

Post a Comment