Tuesday, June 26, 2012

Lagu Baru Pitbull Lirik Ada Nama ‘Malaysia’ Bocor Ke Internet (VIDEO)


Jarang kami mahu menulis tentang lagu baru kalau tiada sebab kukuh. Kali ini ia’nya melibatkan Pitbull, Shakira & Malaysia.

Khabarnya, lagu terbaru kolaborasi antara Pitbull & Shakira berjudul Get It Started telah terbocor ke internet untuk di’dengar oleh peminat yang menantikan lagu terbaru mereka.

Diterbitkan oleh RedOne danAfrojack, Get It Started khabarnya bakal memasuki senarai lagu dalam album terbaru Pitbull berjudul Global Warming yang masih belum siap.

Kami rasakan yang eksekutif pemasaran syarikat rakaman Pitbull atau Shakira sengaja membocorkan lagu ini ke internet sebagai teknik viral mereka. Mesti punya.

Menariknya, lagu terbaru Pitbull & Shakira ini turut menyelitkan nama Malaysia dalam bait lirik lagu yang kami jangka bakal menjadi siulan & popular tidak lama lagi.

Dengarkan lagu terbaru Pitbull & Shakira Get It Started selepas ini & petikan lirik untuk rujukan anda.


No comments:

Post a Comment