Christina Perri berjanji kepada peminat beliau yang hadir yang beliau akan kembali ke Malaysia |
Buat pertama kali, malam tadi penyanyi Jar of Hearts mengambil pentas di KL Live menghiburkan lebih 3,000 peminat beliau. Christina Perri sememangnya menjadi satu figura yang di’nanti sejak tiga tahun kemunculan beliau di’dunia seni hiburan dunia.
Kehadiran pasangan viral, Timothy Tiah & Audrey Ooi memeriahkan suasana konsert apabila Christina Perri mendendangkan lagu A Thousand Years yang menjadi lagu tema lamaran yang kini mencecah hampir 3 juta tontonan di Youtube. Tahap romantis: Malaysia.
Mengakhiri konsert sulung beliau dengan lagu berhantu, Arms, Christina Perri berjanji kepada peminat beliau yang hadir yang beliau akan kembali ke Malaysia satu hari nanti. Gambar sekitar konsert untuk tatapan & memori indah anda selepas ini. Enjoice!
No comments:
Post a Comment