Friday, June 15, 2012

Jurulatih Real Madrid Jose Mourinho Bertemu PM


PUTRAJAYA - Jose Mourinho, ketua jurulatih kelab bola sepak tersohor Sepanyol, Real Madrid, membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Mourinho, yang dianggap salah seorang jurulatih terbaik sepanjang masa, tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 3 petang dan dibawa ke Pejabat Perdana Menteri di Aras Lima.

Beliau berada di Malaysia untuk lawatan singkat selepas menerima jemputan khas oleh hartawan Singapura, Peter Lim, bagi menghadiri satu acara berkaitan dengan Yayasan Olimpik Singapura-Biasiswa Peter Lim di republik itu semalam.

Sahabat Lim, pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, menjadi hos kepada lawatan jurulatih tersebut ke Kuala Lumpur.

Mourinho merupakan penerima pertama Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA pada 2010.- Bernama

No comments:

Post a Comment