Friday, June 29, 2012

Irma Hasmie & Redza Selamat Dinikahkan


Tepat jam 3.55 petang tadi, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon serta pengacara, Irma Hasmie Ibrahim kini sah menjadi isteri kepada Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan, sebentar tadi. Pasangan yang dipertemukan di Kota Suci Mekah ini dinikahkan di hadapan Imam Masjid Besi Putrajaya, Ustaz Muhd Redza di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, kira-kira jam 3.55 petang.

Irma yang tampil ayu dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima 11 dulang hantaran manakala pihak lelaki menerima 13 dulang hantaran. Teruskan melayari GUA bagi mengikuti perkembangan selanjutnya mengenai majlis pernikahan kedua mempelai ini.

Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat.

Pihak lelaki iaitu Redza yang memakai baju rekaan Ezuwan Ismail telah menerima 13 dulang hantaran manakala Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran berupa.



Turut hadir di majlis pernikahan ini termasuklah selebriti Diana Amir, Misha Omar dan Heliza Helmi sebagai pengacara.

Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie akan berlangsung pada 1 Julai, Ahad ini di MAEPS, Serdang jam 8 malam.




No comments:

Post a Comment