Wednesday, June 6, 2012

Gambar Najib Punca Minuman 100 Plus Di Boikot


Akibat Letak Gambar Najib.. Minuman 100 Plus Bakal Di Boikot 

Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka.

Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini. Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib.

Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N).

Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib.

Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus.

Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat.



Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat. Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri.... - Addin

kenyataan rasmi 100plus di fb/100plus bagi mengelakkan minuman 100 plus terus di boikot.

No comments:

Post a Comment