Friday, June 8, 2012

Farid Kamil Tidak Percaya Pada Persatuan Artis


Pelakon Farid Kamil tidak berminat untuk bergiat aktif melalui mana-mana persatuan seni di negara ini walaupun sudah sembilan tahun terlibat dalam industri hiburan tempatan.

Farid berkata, keputusan tidak menyertai persatuan adalah kerana kedudukannya sebagai seorang artis yang terlalu sibuk dan merasakan dia tidak mampu untuk memikul tanggungjawab besar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

“Saya tidak aktif dalam persatuan kerana saya boleh dikategorikan sebagai penggiat seni yang aktif dan memiliki visi dan misi secara individu.

“Berbeza pula dengan persatuan, mereka mewakili seluruh industri seni tempatan dan ia bukanlah satu tugasan yang ringan untuk dilakukan, kerana banyak perkara yang membabitkan hak artis yang perlu diperjuangkan,” katanya pada majlis Pelancaran ‘Kembara Menjejak Al-Hamra’ bersama Farid Kamil di restoran Rebung, di sini, Isnin.

Tambah Farid, walaupun tidak aktif, sebagai ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), dia tetap menyokong dan mengambil berat tentang isu-isu semasa yang membabitkan persatuan tersebut.

Sementara itu, mengenai ‘Kembara Menjejak Al-Hamra’, Farid mengajak para peminatnya untuk bersama-sama bercuti di dua buah negara yang penuh dengan sejarah keislaman dunia iaitu Sepanyol dan Maghribi bermula pada 11 hingga 22 November depan.

Antara destinasi yang akan dikunjungi di Sepanyol ialah Kota Madrid, stadium bola sepak Real Madrid, Toledo, Cardoba, Costa De Sol dan Algreciras.


Manakala di Maghribi pula, peminat-peminat Farid akan dibawa melawat ke ibu negaranya iaitu Casablanca, Fez, Old Medina, Marrakesh, Rabat dan Tangiers.

“Negara yang saya tidak sabar-sabar untuk lawati ialah Sepanyol dan stadium bola sepak Real Madrid adalah lokasi pertama yang ingin dilawati.

“Saya percaya para peminat pasti akan seronok dengan percutian ini dan akan membawa ibu untuk turut serta. Ia merupakan hadiah daripada saya selepas menghantarnya menunaikan Umrah pada Mac lalu,” ujarnya yang menjadi ikon kepada pakej percutian tersebut anjuran safirgotravel.com.

Bagi yang ingin menyertai ‘Kembara Menjejak Al-Hamra’, pakej bagi seorang dewasa adalah sebanyak RM9,990 manakala bagi golongan warga emas, diskaun diberi dengan harga RM9,880 (seorang).

Tempahan boleh dilakukan dengan melayari safirgotravel.com atau menghubungi talian 03-83204090, 03-89203040 dan 019-3151038.

Orang ramai juga boleh membuat tempahan dengan berkunjung terus ke pejabat urusan Speed Travel & Tours Sdn Bhd, 45B jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

No comments:

Post a Comment