Tuesday, May 29, 2012

Tomok Dapat Anak Lelaki


Peserta Masterchef Selebriti Malaysia, Shah Idrawan atau Tomok sah bergelar bapa apabila isterinya, Ayu selamat melahirkan seorang bayi lelaki petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court.

Berita gembira ini telah diumumkan pelantun lagu Bagaikan Bidadari menerusi laman sosial twitter miliknya.

Ayu atau nama sebenarnya, Siti Rahayu Abbas telah selamat melahirkan bayi lelaki itu sekitar jam 6.30 petang hari selasa, sambil berkongsi pengalaman dimana suaminya, Tomok sendiri diberi peluang memotong tali pusat kepada bayi kelahirannya.

Ketika dihubungi, Tomok yang masih belum memberikan nama kepada putera sulungnya itu memberitahu menerusi kiriman SMS bahawa anaknya itu dilahirkan seberat 3.33 kg.

Pasangan bahagia ini telah melangsungkan perkahwinan pada 1 Julai 2011.



Tahniah warga murai.com.my ucapkan kepada Tomok dan Ayu kerana sudah langkah menjadi ayah dan ibu.


No comments:

Post a Comment