Thursday, May 3, 2012

Statement mahathir yang mengejutkan dan ngeri


Kadang2 bersangka baik pada orang tertentu hanya akan menyusahkan kita jek. Mungkin sejak dari awal lagi aku tak sepatutnya bersangka baik pada mahathir. Aku terkejut gile baca statement dia kat atas neh ;


" Oleh itu tidak perlulah kita mengagung2 kan Nabi Muhammad SAW. Memandailah bersyukur kepada Allah swt sahaja. "

Usul asal kejadian aku taktahu. Apa sebenarnya yang mahathir cuba nak maksud? Aku siyes blur dan taktahu. Tapi kenyataan di atas neh jelas tidak patut dibuat oleh dia. Sekali lagi ia boleh mengelirukan. Sekurang2nya ia mengelirukan aku sebenarnya. Aku taktahu nak anggap macam mana statement tersebut.

Keratan akhbar lama. Dari paper apa aku taktahu. Mungkin juga utusan. Mungkin juga berita harian. Yang tepat aku taktahu. Korang boleh lihat sumbernya disini. Sesiapa yang tahu boleh info melalui komen kat bawah. Aku tengah cuba faham bagaimana kah sikapnya seorang pemimpin bernama mahathir neh.

Pendek kata aku terlalu terkejut sampai tak boleh nak cakap apa2 lagi dah. Tipu lah kalau kata aku tak respect mahathir der. Aku respect gak mahathir neh. Walaupun aku tak berapa gemar cara dia yang seolah2 mempersendakan islam tetapi aku pernah terfikir yang maybe dia bukan meremeh2kan islam tetapi merendah2kan orang islam yang hipokrit.

Untuk mengatakan dia tiada jasa langsung di malaysia neh mustahil bagi aku. Aku suka pemikiran mahathir walaupun aku tak boleh terima pandangan dia dalam beberapa isu. Namun rasanya aku kena fikir semula siapa yang aku hormat neh. Aku dah semakin ragu2 dengan tokoh di atas. Sangka baik aku dah semakin susut dan menipis. Macam mana?

Apa sebenarnya yang cuba disampaikan?

Sumber : Amenoworld

No comments:

Post a Comment