Monday, May 21, 2012

Serina Redzuawan adakan majlis cukur jambul


Sabtu lalu, pelakon Serina Redzuawan telah mengadakan majlis cukur jambul anak keduanya Isabella Saffiya yang kini berusia hampir lima bulan. GUA difahamkan majlis ini yang dirancang oleh ibu saudara Serina dan ia diadakan bersama sepupunya yang juga baru melahirkan anak.

Akaun Twitter Serina mengatakan dia tidak membuat sebarang persiapan kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama. Dalam masa yang sama, Serina juga menyuarakan hasrat untuk bercuti seketika bagi meluangkan masa dengan anak-anak. Selain Isabella, Serina dan pasangannya  Gavin Edward O’Luanaigh mempunyai seorang putera, Tristan Tareef yang kini berusia hampir 2 tahun.

Berikut GUA kongsi beberapa foto comel majlis cukur jambul Isabella yang diambil daripada akaun Instagram Serina. GUA akan cuba mendapatkan perkembangan terbaru Serina dalam sedikit masa lagi. Hari ini GUA telah cuba menghubunginya beberapa kali, namun panggilan telefon kepadanya tidak berjawab.







No comments:

Post a Comment