Saturday, May 12, 2012

Saiful Apek : Kalo saya bohong cabut nyawa saya


Nampaknya semakin hangat konflik antara pelakon komedi terkenal, Saiful Apek dan penerbit filem paling sensasi Malaysia, David Teo. Semalam, Apek mengeluarkan kenyataan melalui Facebooknya, dan meluahkan kekesalahan kerana David Teo menghina Allahyarham Bob Kuman.

Sebelum ini, tersebar cerita tentang David Teo mengatakan Bob Kuman meminta sedekah dan kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan ramai terutama Saiful Apek yang kita tahu
memang kawan yang sangat rapat dengan arwah.

Kini, status terbaru dari Facebook Saiful Apek kami rasa memang akan mencetuskan kontroversi hangat. Apek mendakwa David Teo tidak membayarnya untuk dua filem ini, Lady Boss dan Anak Mami Kembali. Apek juga mengatakan demi Allah dia tidak berbohong. Apa apa pun, kita nantikan penjelasan David Teo berhubung isu ini.

“Kalau saya bohong cabut nyawa saya sekarang”, Saiful Apek dedahkan David Teo tak bayar duit lakonan. - sumber

No comments:

Post a Comment