Monday, May 21, 2012

Rita Rudaini Bahagia Bersama Syamsul Yusof


Rita Rudaini mesra bersama-sama Syamsul Yusof ketika ditemui di set penggambaran drama Ameera di Subang Bestari, baru-baru ini

SEMENJAK berkahwin empat tahun lalu sehingga mempunyai dua orang anak, kisah rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan Aidil Zafuan Abd. Razak, 25, sering menjadi tajuk utama akhbar.

Selain cerita tentang kebahagian pada awal perkahwinan, kini kisah pergolakan rumah tangga mereka kerap menjadi bahan berita. Lagi pula cerita pasangan suami isteri yang dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna, setahun itu telah menjadi kes mahkamah.

Biar seribu dugaan datang melanda dan sering naik turun mahkamah, ia tidak pernah mengugat tumpuan Rita dalam kerjaya.

Rita yang ditemui di set penggambaran drama Ameera di Subang Bestari, baru-baru ini berkata, apa yang dilalui adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Nak kata apa, saya perlu harungi juga. Takkan saya nak bersedih dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga. Hidup mesti diteruskan kerana berlakon adalah kerjaya, ini periuk nasi saya.

No comments:

Post a Comment