Wednesday, May 2, 2012

Pernikahan Awal-Scha Esok Di Astro Awani (5 GAMBAR)


Esok malam merupakan pernikahan pasangan popular dan sensasi Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan dilangsungkan di Pullman Putrajaya Lakeside pada 4 Mei. Jadi kepada anda yang meninati mereka dan mahu menonton secara langsung bolehlah menontonnya esok – Jumaat, 9 malam di Astro Awani. Jadi yang nak melanggan Astro tu bolehlah buat hari ini.. jika mahu.

Sebelum ini kami hanya berkongsi sekeping gambar, seribu makna sahaja. Sekarang, suka untuk kami kongsikan lagi gambar- gambar pra-perkahwinan hasil jurugambar terkenal Saiful Nang dengan kerjasama dari team CandidSyndrome yang merupakan jurugambar rasmi perkahwinan Awal dan Scha.

Berlokasi di sekitar stesyen KTM dan bangunannya, gambar-gambar yang dihasilkan sangat-sangat berbeza dan membawa kelainan. Sangat klasik dan bersahaja. Sememangnya sedikit perubahan dari gaya biasa dilakukan oleh mereka team jurugambar ini.
Jom kita jengok hasil karya team CandidSyndrome Int. yang diasakan oleh Saiful Nang.
“Saya suka klasik dan bersahaja. Terima kasih Awal Ashaari & Scha Alyahya for being a very good subject for us to shoot. Hasil karya team CandidSyndrome Int. jurugambar rasmi perkahwinan Awal & Scha.” – Saiful Nang

Majlis persandingan atau lebih ‘glamer’ kalau dipanggil resepsi akan diadakan pada 6 Mei ini di Dewan Perdana, PICC, Putrajaya. Semuga majlis esok berjalan lebih baik dari yang dirancangkan.






No comments:

Post a Comment