Wednesday, May 9, 2012

Nurul Larang Ajai Hadir Ke Majlis Nikahnya (7 GAMBAR)


Bakal menamatkan zaman solo pada 6 Jun ini, penyanyi hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau Nurul Wahab bagaimanapun tidak bercadang untuk mengundang bekas suaminya Ajai ke majlis bersejarah berkenaan.

Bercakap kepada pihak media sempena sidang media sempena pelancaran album mini terbarunya d Dutches Place, Jalan Ampang di sini, petang tadi, Nurul Wahab berkata langkah itu diambil sebagai menunjukan bahawa dia sudah melupakan bayangan perkahwinan bersama komposer terkenal berkenaan lebih lima tahun lalu selain meneruskan hidup baru.

> Nurul Wahab bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka dari Perancis yang dikenali sebagai Eric Daniel Depp, 47, dalam sebuah majlis pernikahan serba ringkas pada 6 Jun ini.

Like Us on Facebook :

"Ya saya akan menamatkan zaman solo saya bersama Eric yang telah saya kenali lebih setahun lalu.

"Dia telah melamar saya pada Februari 2011 di hadapan ibu-bapanya dan dia telah menyarungkan cincin pada Februari tahun ini.

"IsyaAllah sebuah majlis pernikahan yang hanya akan dihadiri 200 tetamu bakal diadakan di Dutchess Place pada 6 Jun ini, diikuti majlis resepsi sebelah keluarga pihak lelaki di Bali pada 14 Jun ini,"katanya yang cantik dengan persalinan Rizman Ruzaini.





Pada majlis itu juga turut diumumkan syarikat produksi NHW Production yang akan mengawal selia kegiatan seni pelantun suara Tangis Syukur itu selain penaja yang akan terbabit untuk majlis pernikahan berkenaan.

Antara yang terbabit ialah Rizman Ruzaini dan Bon Zainal selaku penaja pakaian pengantin, Zaha Wedding Planner (pelamin), Dutchess Place (lokasi pernikahan) dan Jakel sebagai penaja fabrik.

Ditanya mengapa jejaka Perancis menjadi pilihannya, Nurul Wahab berkata semua itu adalah jodoh dan takdir.

Malah dia tidak pernah menyangka telah dipertemukan dengan Eric yang pada awalnya hanya sekadar kawan biasa.

"Saya tidak pernah meletakan sesiapa, bangsa atau warna kulit untuk mengahwini saya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan rakan saya yang memperkenalkan saya dengannya.


"Apa yang saya tahu, sudah lima tahun dia tinggal di Malaysia dan dia seorang yang sukakan agama, budaya dan terutama sekali Malaysia.

"Alhamdulillah selepas lima tahun hidup sendirian, saya akhirnya telah dipertemukan dengan Eric yang mempunyai ciri-ciri yang saya sukakan," katanya yang turut memberitahu bahawa Eric telahpun memeluk Islam dan juga pernah menikmati alam perkahwinan.




No comments:

Post a Comment