Monday, May 28, 2012

Menangi Tiket Ke Konsert Ulang Tahun Ke-20 KRU!


Kumpulan KRU yang diwakili oleh tiga beradik, Norman, Yusry & Edry Abdul Halim ditubuhkan pada tahun 1992 dan kini sudah menjangkau usia 20 tahun!

Sepanjang perjalanan karier mereka, banyak kejayaan yang telah diukir. Antaranya kemenangan lagu "Sedetik Lebih" serta filem-filem seperti 'Cicakman', 'MySpy', 'Magika' dan 'Hikayat Merong Mahawangsa'.

Hari ini, KRU masih lagi giat bersaing dan memperjuangkan karya-karya mereka di dalam industri hiburan tempatan. Mereka juga berusaha mempertingkatkan kualiti industri kreatif dengan menempatkan nama KRU di persada antarabangsa.

Usaha KRU dalam melahirkan lebih ramai tenaga kreatif demi industri hiburan tempatan menjadi realiti dengan tertubuhnya KRU Academy. Institusi yang bertaraf vokasional ini menyediakan kelulusan sijil bagi kursus kesan khas, animasi 2D dan animasi 3D sebagai permulaan. Daripada industri untuk industri, KRU Academy bakal melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional demi mengisi keperluan industri media & hiburan tempatan.




Walaupun kini KRU lebih giat menerajui industri perfileman, muzik tetap menjadi keutamaan mereka. Antara bintang-bintang kelahiran KRU termasuk Elite, X-Factor, Juliana Banos, Ezlynn, Dr Kronik, Indigo, Pretty Ugly dan Feminin. Terbaru, KRU meneruskan usaha mereka dalam mengasah bakat baru. Antaranya Forteen, V.I.P, IQA, Kumpulan MOJO, Ad Azhar, Kamelia (Bintang Idola BH 2011) dan Baby Shima. Bintang-bintang ternama yang menyertai KRU seperti Jaclyn Victor dan Sharifah Aini.

Sempena konsert ulang tahun KRU yang ke-20, kumpulan KRU akan membuat persembahan secara eksklusif bersama barisan artis di bawah naungan KRU Music seperti Jaclyn Victor, Forteen, Iqa, Mojo dan ramai lagi bagi menghargai peminat yang setia menyokong mereka sehingga ke hari ini.



Konsert tersebut bakal berlangsung di Neverland @ Orange, Jalan Kia Peng pada 10 June 2012, jam 8 malam.  Kepada yang merindui persembahan KRU, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

gua mempunyai 10 pasang tiket untuk diberikan kepada 10 pemenang bertuah yang berjaya menghantarkan dengan pantas jawapan tepat kepada soalan-soalan di bawah. Jawapan hendaklah diemelkan kepada eekee@gua.com.my besertakan butiran peribadi (nama penuh, nombor telefon dan alamat surat-menyurat) sebelum 1 June 2012, jam 5 petang.

1. Namakan album pertama kumpulan KRU dan tahun ia dikeluarkan.
2. Namakan album Inggeris pertama kumpulan KRU dan tahun ia dikeluarkan.
3. Namakan 2 bintang kelahiran KRU.


Peraturan:

1. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
4. Staff Media Prima (M) Berhad and ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam peraduan ini.
5. Keputusan hakim adalah muktamad.
6. Para pemenang akan dihubungi melalui e-mel atau telefon.
7. Para pemenang PERLU mengambil hadiah mereka di pejabat gua bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama. Hadiah hanya akan diposkan kepada mereka yang tinggal di luar Lembah Klang.

No comments:

Post a Comment