KUALA LUMPUR: Susulan keganasan pada BERSIH 3.0 bulan lalu, PAS akan menyokong sebarang usaha diadakan BERSIH 4.0 dengan menghantar satu juta penyokong untuk menyertainya, kata Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu. Like Us on Facebook :
"PAS Pusat akan bercakap pada BERSIH, mereka akan menentukan nak buat BERSIH 4 atau tidak. Cuma kami berjanji... kita akan gerakkan satu juta rakyat. Itu yang saya boleh janji kepada BERSIH," kata Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu sekali lagi menyalahkan polis di atas kekasaran yang berlaku di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Puluhan orang, termasuk peserta, anggota polis dan wartawan cedera setelah penyokong merempuh penghadang polis dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk "menawan" Dataran Merdeka.
Like Us on Facebook :
Dalam ucapannya itu, Mohamad Sabu tidak mengupas rakaman video yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bertukar isyarat sebelum penunjuk perasaan merobohkan penghadang polis di Dataran Merdeka yang memaksa polis bertindak balas.
"Bilik gerakan kami membuat culaan, kita nampak ada peningkatan itu termasuk di Selangor sendiri," kata Mohamad Sabu tanpa memberikan butiran lanjut.
Dalam ucapannya kepada perwakilan PAS di muktamar parti itu tahun lalu, Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat belum tentu dapat mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.
Petang tadi, beliau beberapa kali mendakwa sokongan pengundi Cina untuk Pakatan Rakyat amat tinggi dan memberikan kelebihan kepada gabungan itu.
"Sokongan orang Tionghua memang tidak boleh dipersoalkan lagi. dan memang kita yakin kalau di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan..., mungkin boleh capai lebih daripada 80 peratus," tambah beliau.
Mohamad Sabu enggan mengulas kemelut Azmin Ali bersabit penyebaran gambar seks yang dikaitkan dengannya.
No comments:
Post a Comment