Saturday, May 26, 2012

Lufya rakam lagu kutuk Zarina Ann-Julie


BILA tengok artis-artis muda meraikan ibu masing-masing di sebuah majlis eksklusif di hotel lima bintang baru-baru ini, Diva tumpang gembira. Maklumlah, Diva tak berkesempatan nak buat begitu atas faktor logistik, cukup dengan ucapan dan doa sahaja.

Pada majlis tersebut seorang teman Diva ada bertemu dengan penyanyi Lufya. Bukan cerita pasal Lufya dan ibunya yang Diva nak cerita di sini. Diva rasa kelakar pun ada bila Lufya yang selama ini selalu panas hati apabila wajahnya dikatakan mirip dengan seorang pelakon sensasi, Zarina Ann-Julie.

Dengarnya, Lufya sekarang dalam proses rakam sebuah lagu ketuhanan. Yang hebatnya, Lufya dengan laju mulut cakap dia nak tujukan lagu ketuhanan tersebut untuk Zarina Ann-Julie. Itu nak kasi panas ke apa?

Diva rasa, Lufya ikhlas nak berbaik-baik dengan Zarina, perang sudah tamat kaedahnya. Tapi kalian rasa Zarina terima baik tak dedikasi lagu kerohanian Lufya itu nanti?

No comments:

Post a Comment