Friday, May 25, 2012

Lisa Surihani Akan Berhenti Berlakon?


Selepas berkahwin dengan Yusry KRU, Lisa tidak henti-henti dihujani dengan tawaran lakonan. Betul kata orang, selalunya bila lepas kahwin ini, rezeki melimpah-ruah.

Terkini, Lisa baru saja selesai menjalani penggambaran untuk filem terbarunya, “Dendam Orang Mati” dan akan memulakan sesi penggambaran terbaru untuk sebuah drama bersiri berjudul “Di Manakah Juwitaku”.

Lisa ketika ditemui GUA telah memberikan kenyataan bahawa berkemungkinan besar, drama ini akan menjadi drama terakhirnya. Namun begitu, Lisa dalam kenyataannya berkata bahawa dia akan terus berlakon filem jika ada tawaran yang diberikan.

“Kemungkinan selepas drama ini, ia akan menjadi drama siri saya yang terakhir. Saya hanya mahu buat filem dan itupun saya akan lebih memilih. Saya hormat orang yang buat drama siri sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi serta tuntutan masa yang lama.” – Lisa Surihani, dipetik dari GUA.

Lisa turut menafikan bahawa ini bukanlah atas kehendak suaminya, Yusry KRU, tetapi adalah atas kehendak dirinya sendiri.

“Ini bukan atas permintaan Yusry kerana dia sendiri lagi menyokong dan menggalakkan Lisa berlakon. Ini adalah atas keputusan Lisa sendiri kerana Lisa pun nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri juga. Walau bagaimanapun, tengok pada keadaan dan rezeki. Jika sudah tertulis untuk buat, saya akan jalankan tanggungjawab saya.”

No comments:

Post a Comment