Monday, May 14, 2012

Kehamilan Fasha Sandha Jadi Tandatanya?


KUALA LUMPUR 14 Mei - Baru sahaja dua minggu bergelar isteri, pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 28, begitu bangganya mengesahkan dia kini telah hamil.

Fasha yang bernikah dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur dalam Twitternya hari ini memberitahu bahawa dia bunting pelamin.

Kehamilannya yang terlalu awal telah menimbulkan bebarapa persepsi yang kurang manis dikalangan masyarakat terutama golongan veteren yang berpengalaman dalam hal berumahtangga. 

Isu kehamilannya ini dilihat seperti ada udang disebalik batu. 

Walaupun Fasaha Sandha mendapat ucapan tahniah yang tidak putus-putus daripada rakan-rakan dan sanak saudara namun semua mereka mempersoalkan benarkah itu bunting pelamin. Namun kesemua persoalan itu hanya sekadar berlegar di dalam hati sahaja. 

Fasha ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu dengan bangganya, dia kini hamil lebih kurang seminggu.

Pasangan yang baru balik daripada berbulan madu di Pulau Redang itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga.

No comments:

Post a Comment