Sunday, May 6, 2012

Haram patuh Jawatankuasa Fatwa sandiwara ini


Semua umat islam adalah haram untuk mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang jelas menggambarkan sandiwara mereka. Ini berikutan daripada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan adalah haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang khusus ditujukan kepada Perhimunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Sebarang keputusan Jawatankuasa Fatwa adalah semata-mata atas bayangan keputsan kerajaan, tidak mempunyai pendirian kukuh dalam konteks islam itu sendiri. Jawatankuasa Fatwa yang bermuzakarah tu benar-benar tidak memahami tujuan dan objektif Perhimpunan itu diadakan atau mungkin mereka saja-saja buat tak tahu. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Jawatankuasa Fatwa hanya berlakon dan bersandiwara dalam membuat keputusan.

Cuba hang-hang dalam Jawatan Fatwa bagi cadangan sihat bagaimana lagi kaedah dan cara untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Proses Pilihanraya yang tidak adil. Perhimpunan adalah jalan terakhir untuk menunjukkan bantahan setelah semua kaedah-lain yang diusul oleh Pakatan Rakyat tidak diambil peduli dan tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Begitu juga apa yang berlaku dalam Perhimpunan Aman Palestin. Perhimpunan terpaksa dilakukan apabila semua kaedah yang dilakukan untuk berunding dengan israel gagal maka terpaksa menujukkan bantahan dengan mengadakan perhimpunan. Yang membezakannya hanya Prhimpunan Bersih diganggu polis.

No comments:

Post a Comment