Fasha Sandha tidak menafikan pertanyaaan media bahawa perkahwinannya tidak mendapat restu |
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.
Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.
Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini.
Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.
Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.
Fasha dan suaminya, Jejai. |
Tambah Fasha, tidak sukar untuk menambat hati Jejai kerana suaminya itu adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet.
"Mungkin kami telah berkawan lama sebelum berkahwin jadi senang untuk memahami sikap dan kehendaknya. Bagaimanapun saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri," ujarnya.
Sementara itu, Fasha berkata dia dan Jejai akan berangkat ke Pulau Redang, Terengganu pada minggu hadapan bagi meraikan bulan madu.
Dalam perkembangan lain, Fasha memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam drama Seindah Sakura yang diarahkan oleh Zul Huzaimy kerana senang bekerja dengan pengarah baru itu.
Tambah Fasha, Zul begitu memahami kehendak pelakon dan senang untuk menerima pandangan orang lain bagi memantapkan drama bersiri berkenaan.
No comments:
Post a Comment