Tuesday, May 22, 2012

Dapatkan tiket konsert Christina Perri KL Live 7 Jun


Penyanyi dan penulis lirik lagu yang popular dengan lagu hits "Jar Of Hearts", "Arms", "Mine" dan "A Thousand Years" yang merupakan lagu tema filem "The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1", Christina Perri bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia pada 7 Jun akan datang di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail.

Mula belajar bermain gitar dengan menonton pita video persembahan Shannon Hoon daripada Blind Melon di VH1 ketika berusia 16 tahun, Perri mendapat idea untuk menulis lagu "Jar Of Hearts" pada penghujung tahun 2009 selepas bercerai dengan suaminya.

Nama penyanyi berusia 25 tahun ini mula dikenali selepas lagu "Jar Of Hearts" dimainkan dalam program televisyen "So You Think You Can Dance" dan kemudiannya menduduki tempat teratas dalam carta muzik seluruh dunia.



Dibawakan oleh Fat Boys dan JS Concert Productions, peminat boleh mendapatkan tiket konsert Christina Perri Live In Kuala Lumpur yang dijual dengan harga RM98 (biasa), RM188 (tingkat atas) dan RM258 (zon rock) di cawangan-cawangan Rock Corner, Victoria Music Centre dan juga di The Guitar Store. Untuk pembelian secara talian, layari laman sesawang www.ticketpro.com.my

No comments:

Post a Comment