Monday, May 21, 2012

Cinta Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Kini Retak


Minggu lalu Fizz Fairuz dengan rasa senang hati dan gembira menyampaikan berita yang beliau bakal mengahwini kekasih hatinya Almy Nadia tahun ini.

Namun, kekasih hati, Almy Nadia terkejut dengan berita itu dan mendakwa hubungan cinta mereka kini retak menanti belah melalui sisipan BiPop Berita Harian.

“Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini perasaan yang sukar nak ditafsirkan”

“Bagi saya, Fizz telah meninggalkan beban yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun ini,” ujar Almy Nadia membuka bicara.

“Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan,” tambah Almy Nadia yang di’temui wartawan Berita Harian baru baru ini.

“Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami tidak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini”

Almy Nadia juga meminta Fizz Fairuz supaya berhenti berbohong kepada media tentang perkahwinan mereka. Juga, pelakon wanita ini mengakui yang Fizz Fairuz adalah cinta mati beliau tetapi kini tidak pasti hala tuju hubungan mereka.

No comments:

Post a Comment