Wednesday, May 9, 2012

Apa kata Peminat Aaron kepada Zed Zaidi?


Berikut adalah email yang diterima daripada seorang pembaca yang mahu namanya dirahsiakan:-
Salam Abang Nara. Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia hiburan tanahair. Disini saya ingin memberi sedikit komen berkenaan Isu yang sudah lama atau boleh dikatakan basi yang sentiasa di ungkitkan oleh pelakon dan timbalan presiden Seniman, Zed Zaidi berkenaan artis luar yang mendapat perhatian oelh rakyat Malaysia. 
Jika abang Nara perhatikan secara kronologinya, perkara ini mula timbul apabila Aaron Aziz telah memenangi Anugerah Bintang Popular 2011 pada bulan lepas. Like Us on Facebook :
Kemudian, Zed Zaidi dengan pantas telah meletakkan status twitter nya sebagai menunjuk ketidakpuasan hati atas kemenangan Aaron Aziz yang di sifatkan sebagai orang luar. Umum mengetahui bahawasanya Aaron Aziz adalah pelakon yang berkerakyatan Singapura. Namun, hasil kerja beliau banyak di hasilkan di Malaysia. Namun, setelah kemenangan beliau di ABPBH2011 lalu sedikit sebanyak mengundang ketidakpuasan hati segelintir pihak. Persoalan saya kepada Zed Zaidi; mengapa membangkitkan isu ini selepas kemenangan Aaron Aziz lalu dan mengapa tidak membangkitkan isu ini sebelum pencalonan dan semasa pencalonan di buat? Jika benar ingin mengupas isu ini, silakan buat dari awal jangan buat isu ini selepas keputusan. 
Secara dasarnya, memanglah Seniman sebagai satu pertubuhan yang menjaga kepentingan artis tempatan, namun dari segi isu ini pada saya ia adalah hak peminat yang membuat keputusan. Anugerah itu bukan hak mutlak juri professional seperti FFM dan Anugerah Skrin, Ia datanganya dari peminat. Peminat yang mengeluarkan modal dan keringat, peminat juga berhak untuk buat keputusan. Jika mereka (orang seni) berkata orang ramai tidak pandai menghargai artis tempatan, adakah saelama ini kami sebagai orang ramai tidak menghargai artis tempatan. Sebagai contoh, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sudirman, Aznil dan ramai lagi yang kami hargai dan terbukti sama sekali apabila mereka banyak menerima anugerah yang di beri oleh peminat tempatan dan orang luar. 
Langkah Zed Zaidi supaya cuba mengurangkan artis luar ke Malaysia, saya berpendapat itu adalah sangat tidak wajar. Ini kerana bukan faktor artis luar yang menjahanamkan industri kita, semua itu adalah pada diri artis dan peminat itu sendiri. Jika seseorang artis mampu memberikan yang terbaik, maka hasil di kemudian hari juga baik. Kita ambil contoh Siti, Ziana Zain, Remy Ishak dan Lisa Surihani. Setiap hasil kerja mereka boleh di katakan memberi kesan positif kepada orang ramai sehingga mereka menjadi kesukaan orang ramai dan terus kekal hingga hari ini, Peminat suka dengan apa yang mereka berikan dan peminat sentiasa mengenang dengan karya mereka. Bagus karya mereka, bagus juga feedback yang mereka dapat. 
Ambil contoh satu perkara lagi, Apabila satu ketika dulu muzik indonesia mula menular kedalam industri kita. Impaknya banyak lagu-lagu luar bersiaran di radio sekaligus menengelamkan lagu-lagu tempatan. Bila ini berlaku, semua pihak mengambil inisiatif untuk mengurangkan lagu luar. Namun, zaman sekarang jika tiada di radio, di you tube pun boleh. Cuba kita lihat kesan positif keatas perkara itu, Lagu-lagu kita kini lebih berkualiti sebagai langkah untuk menyaingi lagu-lagu luar sekaligus memberikan kesan kepada orang ramai dalam mendengar lagu-lagu tempatan.

Akhir sekali, saya rasakan isu artis luar yang melanda kini adalah bukan satu isu yang besar. Ia harus di ambil secara positif untuk meningkatkan karya tempatan.

No comments:

Post a Comment