Wednesday, May 16, 2012

Aidil Zafuan Batal Tuntut Cerai, Mohon Berdamai


Syukur Alhamdulillah. Nampaknya doa mereka yang terus mendoakan jodoh pasangan ini dipanjangkan dimakbulkan. Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, di mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu lalu.


Dia mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang baru sahaja berusia setahun. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad bagaimanapun memerintahkan Aidil pada Rabu membayar kos kepada Rita sebanyak RM250.

Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari memaklumkan kepada mahkamah yang anak guamnya telah memfailkan satu notis penarikan pada Selasa selepas Rita tidak bersetuju dengan permohonan yang difailkan sebelum ini.
“Anak guam saya telah memfailkan notis dengan alasan permohonan di bawah Seksyen 47 enakmen itu tidak boleh digunakan kerana Rita tidak bersetuju untuk bercerai ketika kes berkenaan disebut pada 30 April lalu.”
Sepatutnya Rabu tempohari, kedua-dua mereka telah diarahkan mahkamah untuk melantik ahli keluarga masing-masing mewakili mereka untuk membantu menyelesaikan masalah di hadapan Jawatankuasa Pendamai yang dipengerusikan oleh seorang pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.
Namun Aidil bertindak bijak tidak bersetuju kerana bimbang situasi akan bertambah buruk dan mengambil langkah untuk berdamai.
“Aidil menuntut untuk berdamai dan tinggal bersama demi anak-anak dan jika kedua-dua mereka melantik ahli keluarga masing-masing bagi menyelesaikan masalah, dia bimbang, situasi berkenaan menjadi lebih buruk. Berdasarkan kepada alasan ini, anak guam saya memutuskan untuk membatalkan permohonan bercerai terhadap isterinya.”
Aidil mengakui masih menyayangi Rita. Tetapi Aidil mahu Rita menjadi seorang isteri yang taat.
“Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata,” tuturnya.
Apa Kata Rita?

Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai kelakar dan macam “budak-budak”

Dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.
“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.
“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian.”
Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.
Aidil memberitahu jika Rita gagal mematuhi permintaannya itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut.
“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?
“Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?” soal Rita.
Bagi kami wajib bagi Rita mengikut kata suaminya. Bukan untuk kebaikkan sendiri sahaja tetapi juga anak-anak. Janganlah keras hati sangat. Maafkanlah Aidil dan kembalilah ketaatan itu. Diharapkan pasangan ini akan terus bijak mengharungi alam perkahwinan mereka dan sudah tentu perkara ini mematangkan mereka untuk lebih berhati-hati.

No comments:

Post a Comment