Penyanyi, Winnie Kok atau nama komersialnya Winnie K memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan di hidung akibat daripada membuat persembahan untuk sebuah rancangan yang dijalankan di China.
Penampilan Winnie K yang berusia 35 tahun ini jika dibandingkan dengan dahulu dan sekarang jauh berbeza dari segi perubahan bentuk muka dan paling ketara adalah hidung.
“Ketika membuat latihan untuk sebuah rancangan luar negara sebelum ini, saya mengalami kecederaan agak teruk di hidung kerana rancangan tersebut memerlukan saya melakukan aksi yang agak bahaya. Doktor memberitahu ada sedikit kecederaan di hidung dan menyuruh saya membuat rawatan lanjut. Namun buat masa ini, saya masih menncari doktor paling bagus tidak kisah dalam atau luar negara bagi merawat hidung saya ini.”
Winnie K turut memberitahu bahawa dia kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan album terbarunya nanti.
No comments:
Post a Comment