Saturday, April 7, 2012

TV3 ambil tindakan terhadap Dira Abu Zahar


SYED pasti ramai yang nak tahu kesudahan cerita pengacara sebuah program hiburan popular yang dikatakan memijak salah seorang pengunjung kelab malam dengan kasut tumit tinggi beberapa hari yang lalu.

Ramai yang mengatakan personaliti yang dimaksudkan itu adalah Dira Abu Zahar yang mengacarakan program Melodi!. Tapi pada hari Selasa yang lalu, Dira membuat penafian dalam Utusan Malaysia yang dia merupakan pengacara yang dimaksudkan.

“Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai hal ini.

“Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan,” kata Dira dipetik daripada akbar yang sama hari Selasa lalu.

No comments:

Post a Comment