Thursday, April 5, 2012

Terokai teknologi bersama GEN 21 di Al-Hijrah (2 GAMBAR)


Rancangan remaja, GEN 21, kini bersiaran di TV Alhijrah setiap Sabtu, jam 2.30 petang setiap Sabtu. 

Mempertaruhkan bakat muda dunia penyiaran, kehadiran Lee Jo Yee Dan Wan Suhaili (peserta rancangan Solehah), dilihat serasi mengacarakan GEN 21 ini. Imej Muslimah tidak menghalang mereka menyertai aktiviti lasak dan mencuba setiap teknologi maklumat terkini.

Rancangan bercorak lasak dan terkini ini adalah untuk membantu remaja mengenal pasti aktiviti berfaedah terkini yang boleh dijadikan aktiviti sihat sekali gus menghentikan tanggapan negatif sesetengah pihak yang agak prejudis terhadap aktiviti waktu lapang remaja. Pada masa sama, ia dapat membantu ibu bapa mendapatkan informasi mengenai aktiviti dan teknologi sesuai dengan anak-anak remaja.

Paparan episod ketiga minggu ini, penonton akan dihidangkan dua jenis teknologi yang semakin mendapat tempat di hati penggemarnya iaitu DSLR atau Digital Single Lens Reflex dan Lomo. Nampak serupa, namun kedua-dua kamera ini menggunakan teknologi berbeza dari segala aspek. 


Hos GEN 21 akan menjelajah ke kawasan sekitar Kuala Lumpur dan juga kawasan riadah Bukit Broga bagi merasai sendiri pengalaman menghasilkan gambar menarik menggunakan dua jenis kamera berbeza. Segala aspek penting seperti teknik penggunaan secara maksimum, teknik pencahayaan dan pelbagai aspek lain akan dikupas dan dibincangkan bersama.

Antara aktiviti- aktiviti lain yang bakal diterokai sepanjang episod GEN 21, termasuk futsal, remote control game, marching band, parkour, skateboard dan BMX, web sosial, kartun, animasi dan pelbagai lagi aktiviti lain.

Jangan lupa bersama-sama mengikuti pengalaman JO YEE dan Wan Suhaili di GEN 21!.

No comments:

Post a Comment