Sunday, April 29, 2012

Syahrini Marah Justin Bieber Hina Indonesia


Semakin besar, semakin kurang ajar? Mungkin itulah yang patut kita katakan pada Justin Bieber selepas hinaan yang dilakukannya terhadap kualiti studio rakaman Indonesia.

Dalam kenyataan Justin Bieber ketika ditemubual di sebuah rancangan televisyen, dia telah menyebut Indonesia sebagai “random country”. Kenyataannya ini didakwa memperlekehkan negara yang mempunyai lebih 241 Juta orang penduduk dan antara selebriti yang benar-benar “butthurt” ialah Syahrini.

Syahrini melalui laman Twitter-nya (@PrincessSyahrini) pula telah menuntut Justin Bieber untuk memohon maaf terhadap masyarakat Indonesia, “Justin Bieber harus minta maaf kepada masyarakat Indonesia.”

Justin Bieber yang mempunyai ramai peminat di Indonesia turut menghina kualiti studio rakaman di Indonesia dan mengatakan bahawa krew di studio tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Teruk sungguh perangai Justin Bieber ini, baru mencecah usia 18 habis satu negara dihinanya. Jika mencecah 20, bak kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri!”

No comments:

Post a Comment