Sunday, April 22, 2012

Suami Arah Ning Baizura Henti Aktiviti Masa Hamil


Sudah lebih setahun, kerjaya seni penyanyi senior popular, Ning Baizura Hamzah, 37, telah diuruskan oleh suaminya Omar Sharif atau Chris Dalton selepas ketiadaan pengurusnya sebelum ini.

Malah, dalam tempoh itu juga, Chris telah berjaya menganjurkan sebuah konsert besar-besaran buat penyanyi Awan Terpilu itu di Life Centre tahun lalu, termasuk banyak projek besar dan kecil bagi mengangkat semula Ning Baizura sebagai penyanyi disegani.

Namun bermula Jun ini, kelibat jejaka mat salleh itu tidak akan lagi berada bersama Ning Baizura selepas Chris mengambil keputusan untuk kembali ke perkerjaan lamanya dalam industri minyak dan petroleum atas tawaran yang sukar untuk ditolak.

Akur dengan keputusan itu, Ning Baizura ketika ditemui portal murai.com.my sempena persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Federal di sini berkata, dia sudah pun memiliki pengurus baru bagi mengendalikan kerjaya seninya.

"Sebenarnya kehadiran Chris sebagai pengurus saya sejak April tahun lalu, hanyalah untuk membantu kerjaya seni saya buat seketika dan sekarang saya redha apabila dia mahu kembali ke bidang yang menjadi kepakarannya selama ini.

"Sepanjang tempoh itu, apa yang boleh saya katakan Chris telah banyak mendapatkan perancangan perniagaan dalam kerjaya seni saya dan dia telah melakukan dengan begitu baik sekali.

"Bagus juga dia kembali ke kerja lamanya, jadi kami boleh menumpukan perhatian untuk mendapatkan anak dengan segera dan kami bercadang untuk merealisasikannya pada tahun ini juga. InsyaAllah," katanya.

Jelas Ning Baizura, dia kini sudah pun mendapat pengganti Chris dan bakal menambah dua orang lagi pembantu bagi memudahkan lagi segala urusan nyanyian dan penampilannya di hadapan pihak media tempatan.

Bercakap mengenai hasratnya untuk hamil tahun ini, kata Ning selama dua tahun dia telah dinasihatkan oleh pihak doktor supaya tidak hamil kerana dalam tenpoh itu dia sepatutnya pulih daripada masalajh kesihatan yang dialami.

"Syukur Alhamdulillah, sekarang kesihatan saya telah kembali seperti sedia kala dan doktor telah telah memberi lampu hijau untuk mendapatkan bayi. Beberapa usaha telah kami lakukan untuk menjadikan impian ini realiti.

"Antaranya memperbanyakkan masa bersama dan sebab itulah saya sangat gembira apabila Chris balik dengan perkerjaan lamanya. Jadi kami tidak akan terlalu tetekan dengan kerjaya masing-masing selepas ini.

"Bagi pihak saya pula, saya akan cuba sedaya upaya mengurangkan aktiviti nyanyian tahun ini kerana teringin sangat untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi," jelasnya dengan jujur.

Ning Baizura bakal tampil dengan single terbaru berjudul Sejati ciptaan Winda Benjamin yang akan dijadikan lagu penyeri bagi filem Lagenda Budak Setan 3 yang akan menemui penonton selepas Hari raya Aidilfitri nanti.

No comments:

Post a Comment