Saturday, April 21, 2012

Stesen Petronas berwajah baru dilancar


PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) berhasrat untuk mendominasi pasaran dalam semua segmen perniagaannya di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Ini didorong oleh usaha PDB untuk memiliki 1,000 stesen minyak dan menampilkan reka bentuk baru yang lebih canggih serta praktikal menjelang akhir tahun ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berkata, ketika ini PDB mengungguli segmen jualan termasuk gas, diesel, pelincir dan gas petroleum cecair dan jumlah cawangan.

Katanya, namun, PDB masih menguasai pasaran kedua terbesar di Malaysia bagi segmen peruncitan iaitu petrol dan pelincir. “Dengan menampilkan wajah baru cawangan Petronas, kita mengunjurkan pertumbuhan antara lima hingga sepuluh peratus jumlah jualan dalam tempoh terbabit dan sekali gus merangsang penguasaan pasaran.

“Imej baru stesen ini menggabungkan reka bentuk dan situasi yang mampu menarik pelanggan menikmati kemudahan di stesen Petronas kerana terdapat penambah baik dari segi pencahayaan dan keselamatan,” katanya pada majlis pelancaran reka bentuk terbaru stesen Petronas di Sri Hartamas, kelmarin.


Katanya, stesen minyak berwajah baru itu dilengkapi sistem lampu diod pemancar cahaya (LED) yang lebih terang, tahan lama serta mesra alam. Selain itu, panel kaca dari lantai ke siling diganti dengan model separuh bata sebagai ciri keselamatan yang baru.

No comments:

Post a Comment