Saturday, April 21, 2012

Rita Rudaini Tuntut Nafkah 4 Tahun Daripada Aidil


Rita rudaini tuntut nafkah selama empat tahun tempoh kahwin daripada aidil zafuan - Update terbaru untuk peminat rita yang mengikuti perkembangan hal cerai dia dan bekas suami. Berdasarkan laporan dari utusan malaysia hari ni, rita akan tuntut semula nafkah selama 4 tahun tempoh perkahwinan dia dengan aidil.

Ini sebab selama 4 tahun tempoh perkahwinan diaorang, dikatakan rita lah yang paling banyak mengeluarkan belanja untuk keperluan anak-anak serta keluarga berbanding aidil. Tuntutan ialah dalam bentuk RM dan  dikatakan jumlah yang akan rita tuntut mencecah ratusan ribu ringgit. Rita akan buat tuntutan ketika bicara kes cerai dia nanti di makhamah syariah 30 april 2012.


Tuntutan itu termasuklah nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.

“Sepanjang pernikahan, Rita lebih banyak menanggung keluarga, Aidil hanya sekali sekala sahaja mengeluarkan belanja buat anak-anak dan isteri,” katanya.

Dalam sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya yang akan berlangsung pada 30 April ini, pelakon itu dikatakan bakal membuat tuntutan balas tersebut terhadap pemain bolasepak kebangsaan itu.
Pelakon jelita berusia 36 tahun itu sedang berhadapan dengan tuntutan perceraian daripada Aidil, 25.

Hurm kalau betullah rita yang paling banyak mengeluarkan belanja anak-anak dengan keluarga selama ni, serius memang aku tabiklah dengan sifat sabar rita. Anyway, semoga perancangan rita untuk tuntut nafkah berjalan tanpa sebarang masalah dan pada peminat, doakan yang terbaik buat rita. 

No comments:

Post a Comment