Friday, April 6, 2012

Marsha Kecewa Dikaitkan Kontroversi Kelab Malam


KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2012: Tidak habis lagi kontroversi dan persoalan siapakah hos wanita popular yang didakwa memijak muka seorang wanita di sebuah kelab hiburan hujung minggu lalu, seorang lagi pengacara rancangan gosip hiburan terbaru, Marsha Milan Londoh pula dikaitkan dalam hal ini.

Berkesempatan menemui Marsha malam semalam, portal murai.com.my bertanyakan komen Marsha setelah namanya turut dikaitkan dengan hal ini walaupun rancangan gosip yang diacarakannya itu baru memasuki episod keempat.

"Dari sudut posiitif, jadi orang mula tahu bahawa saya sekarang menjadi pengacara untuk rancangan gosip. Maksudnya kontroversi sebegini sedikit sebanyak membantu, tetapi kalau difikirkan balik kelakar juga.

"Orang ramai tahu umur saya bukan 28 seperti yang didakwa dan saya berani untuk menolak dakwaan tersebuti kerana ketika kejadian itu berlaku saya berada di set penggambaran telemovie Hantu Susu 2 di kawasan sekitar Kampung Baru.

"Untuk pengetahuan ramai, saya sudah lama tidak berkunjung ke kelab malam untuk berparti melainkan jika ada undangan ataupun acara yang memerlukan saya ke tempat sebegitu," jawab Marsha mengenai kontroversi yang mengaitkan namanya.

Turut ditanyakan komen Marsha tentang insiden yang melibatkan seorang pengacara popular itu, Marsha beraggapan mungkin personaliti tersebut punya alasan sendiri sehingga dia bertindak sedemikian.

Dia juga kecewa kerana sering dikaitkan dengan perkara negatif apatah lagi kini dia rancak melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan serta pengacaraan dan seboleh-bolehnya mahu mengelakan daripada perkara sebegini berlaku.

No comments:

Post a Comment