Monday, April 16, 2012

Lisa Surihani jadi guru "Teach for Malaysia Week" (2 GAMBAR)

Pengalaman sebagai guru sandaran mengajar aktres Lisa Surihani untuk mendidik para pelajar tingkatan 1 Usaha, SMK Pendamaran Jaya bersempena program "Teach for Malaysia" pada Isnin. - Foto oleh AZMAN GHANI
Program 'Teach For Malaysia Week' atau TFM adalah anjuran sebuah badan bebas bukan berasaskan keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.

Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di beberapa sekolah berkeperluan tinggi terpilih di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013

Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim dan isterinya Lisa Surihani,  merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.

Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris. Lisa sendiri teruja dengan kerjaya perguruan dan merasakan bukan mudah menjadi seorang guru.

Lisa dan suaminya Yusry meluangkan masa bersama pelajar Tingkatan 1 Usaha SMK Pendamaran Jaya, Nurul Syafiqah Mohd Nizam (duduk, kanan) dan Kristy Ann.
"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar. Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini "- BERNAMA

Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan dan dijadualkan mengajar di beberapa sekolah terpilih seluruh negara.

No comments:

Post a Comment