Saturday, April 28, 2012

Linda Jasmine,Que namakan anak Tengku Cleopatra


Diam tak diam, juru tari yang terkenal dengan suara yang nyaring, Linda Jasmine telah menambah bilangan ahli keluarganya.

Khabar gembira ini diketahui Murai Batu selepas membaca sebuah artikel yang disiarkan dalam portal popular tempatan.

Difahamkan, bekas tenaga pengajar program realiti TV popular, Akademi Fantasia (AF) ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 1.28 petang, semalam (Khamis).

Isteri kepada Que Haidar itu melahirkan cahaya mata ketiga kepada pasangan ini di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur dengan bayi seberat 2.8 kilogram. Bagaimanapun, bayi perempuan itu dilahirkan secara pembedahan.

Menurut artikel berkenaan, pasangan ini telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Tengku Cleopatra Haidar.

Cleo iaitu nama panggilan manja kepada cahaya ketiga pasangan berkenaan. Ia diambil kerana menyamai nama ratu daripada Mesir yang terkenal dengan kecantikan dan kekuasaan yang dimilikinya.

Amboi, bukan main lagi Que dan Linda memilih nama anak. Selepas Tengku Ratu Haidar kini Cleopatra pula. Glamorlah anak mereka berdua ini nanti bila nak pergi ke sekolah.

Pasangan ini sudah lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga ini ternyata berbahagia dengan menghindari kehidupan mereka daripada gossip hangat.

Murai Batu doakan mereka terus hidup kekal bahagia.

Murai Batu: Baru Ahad lepas terjumpa pasangan ini membeli belah di Ikea. Mungkin persediaan akhir menanti kehadiran Tengku Cleopatra agaknya

No comments:

Post a Comment