Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin menafikan dakwaan penglibatan UMNO dalam insiden keganasan terhadap siswa di Dataran Merdeka semalam.
Ditanya adakah timbul kepentingan dakwaan tersebut diada-adakan, Khairy secara tegas beliau tidak mahu membuat sebarang andaian dan menggesa pihak polis melakukan siasatan.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu berkata demikian susulan khabar angin tersebar yang mendakwa ahli UMNO terlibat dengan kelakuan samseng yang dicetuskan di Dataran Merdeka 3 pagi semalam.
Sebelum ini sekumpulan Mahasiswa berhimpun dan mendirikan khemah di Dataran Merdeka dalam menuntut permansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
No comments:
Post a Comment