Tuesday, April 3, 2012

Haliza Misbun patah tangan jatuh kuda


Inilah wajah terbaru pelakon wanita popular, Haliza Misbun yang telah sempat portal murai.com.my rakamkan ketika bertembung dengannya di pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre, Bangsar baru-baru ini.

Dia yang baru saja selesai membeli barang keperluan rumah di pusat beli-belah berkenaan telah mendapat perhatian dengan gelagatnya yang spontan dan ceria. Malah, Haliza kelihatan cukup awet muda dengan senyuman yang tidak pernah lekang di wajahnya.

Dia juga tersipu-sipu malu apabila dilabelkan murai.com.my kerana memiliki wajah awet muda, meskipun usianya kini sudah mencecah 39 tahun.

Namun, bila ditanya mengapa tangannya bergantung sebegitu, Haliza berkata ia adalah kerana kesan sakit daripada kemalangan jatuh kuda yang pernah dialaminya tidak lama dulu.

"Itulah, bila saja sakit ini datang, saya akan menggunakan penggantung tangan ini bagi meredakan kesakitan buat sementara waktu," katanya.

Sudah lama tidak aktif dalam sebarang drama ataupun filem, Haliza menambah filem terakhir lakonan dan arahannya ialah Andartu Terlampau dan sejak itu dia telah berehat dan merantau keberapa buah negara untuk mengutip pengalaman.

"Saya sudah pulang ke tanah air pada hujung tahun lepas.InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang, saya akan menerbitkan sebuah program bual bicara kerkenaan isu lelaki tidak lama lagi.

"Saya juga sedang mencari idea yang sesuai untuk menerbitkan sebuah lagi filem yang mengutarakan isu taboo dalam masyarakat kita sebagaimana yang pernah buat untuk filem Andartu Terlampau," katanya yang tenyata tidak sabar untuk kembali aktif.

No comments:

Post a Comment