Friday, April 6, 2012

Dira TV3 Pijak Muka, Tendang di kelab malam?


Minggu lalu, industri hiburan tanah air gempar apabila tersiar berita panas di sebuah akhbar tabloid mengenai seorang pengacara -pelakon wanita popular dikatakan telah memijak muka dan menendang seorang wanita di sebuah kelab hiburan yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Susulan berita tersebut, timbulnya pelbagai spekulasi dan cerita mengatakan bahawa artis yang didakwa itu adalah Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira, 28.

Bagaimanapun dakwaan tersebut belum sahih 100% memandang buat masa ini belum ada lagi kenyataan secara rasmi samada dari pihak mangsa mahupun pihak berkuasa.

Namun di sebuah blog hiburan popular telah menyiarkan penafian Dira berhubung dakwaan dia terlibat dalam insiden tersebut. Bahkan pengacara bagi sebuah program gosip-kontroversi dan info terkini tentang dunia hiburan di hujung minggu ni berkata, dia tiada masa untuk ke tempat sedemikian.

Dan semalam melalui blog hiburan yang sama telah menyiarkan satu laporan pihak polis daripada mangsa, berkenaan insiden itu.

Sementara menurut laporan akhbar The Star juga semalam, Dira menafikan dakwaan itu kerana pada hari kejadian dia telah keluar membeli-belah bersama-sama keluarganya.

Bagaimanapun memetik kenyataan di murai.com, pelakon yang sedia diketahui gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi ni akhirnya memberi kenyataan balas. Meskipun kenyataan itu tidak secara menyeluruh namun kali ni Dira tidak pula menafikan. Sebaliknya sekadar berkata, 

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa.

"Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana faham dengan situasi saya sekarang," ujar Dira.

No comments:

Post a Comment