Sunday, April 29, 2012

Aishah Sertai Himpunan Bersih 3.0


KL, 30 APRIL 2012: Sabtu lalu, kotaraya Kuala Lumpur dihujani manusia dengan berpakaian berwarna kuning. Ianya gara-gara himpunan Bersih 3.0 yang dikatakan menjadi huru-hara dengan melibatkan pelbagai insiden berdarah.

Sungguhpun pada hari berkenaan hati Murai Batu lebih tertumpu menantikan persembahan bintang Mania yang mana minggu berkenaan menyaksikan dua kumpulan sekaligus iaitu Estranged dan Kristal tersingkir, Murai Batu telah menerima satu berita tentang penglibatan seorang artis terkenal dalam himpunan kuning ini.

Dengarnya, penyanyi era 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin turut sama menghadirkan diri dengan bersorak menyertai himpunan berkenaan.

Sungguhpun Murai Batu tidak mengetahui apa sebabnya Aishah menyertai himpunan itu, namun Murai Batu dapat tahu gambar Aishah bersama mereka yang mengenakan baju kuning yang lain sudah pun membiak luas di laman sesawang.

Murai Batu difahamkan penglibatan Aishah ini bukannya satu kebetulan kerana Aisah sebelum ini pernah dilaporkan sudah menyertai parti PAS. Kalau tidak silap, Aishah telah sah menyertai parti itu pada awal bulan lalu sebelum himpunan kuning dijalankan di Dataran Merdeka pada 28 April lepas.

Murai Batu turut diberitahu Aishah telah berucap dan berkongsi pengalaman tentang perdebatan yang diadakan di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Selain Aishah, Murai Batu juga dimaklumkan beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pun begitu, sama ada Bob dan Dayangku Intan sertai himpunan itu masih tiada jawapan kerana Murai Batu langsung tiada bukti.

Apa sekalipun, niat Murai Batu disini hanya ingin menyampaikan saja dan langsung tiada niat untuk menghalang sesiapa saja lebih-lebih artis untuk memilih hala tuju kehidupan.

No comments:

Post a Comment