Sunday, April 8, 2012

ABPBH: Penyampai yang promosi diri akan digam

GENTING HIGHLANDS: Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 sebentar tadi.

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi.

Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.

Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.

Bagaimanapun menurut sumber-sumber APBBH memberitahu admin terdapat beberapa penyampai anugerah semasa majlis berangsung yang terlalu gemar mempromosi aktiviti yang terkeluar daripada skrip asal. Keadaan ini mengakibatkan bukan sahaja membuang masa (over run) malah sikap sesetengah penyampai itu juga mengundang rasa marah penonton yang hadir serta yang menontonnya melalui TV3. Apabila banyak masa digunakan untuk mempromosi diei sendiri ia sekaligus akan mengehadkan tempoh tayangan yang ditetap di televisyen.

Menurut pandangan penonton yang admin perolehi selepas Majlis Anugerah gilang gemilang tersebut rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati kerana Siaran Langsung tersebut  terpaksa ditamatkan lebih awal kerana memberi laluan untuk siaran TV3 nightline.

Antara yang penyampai yang terlalu banyak mengambil masa adalah Kumpulan Anak-beranak Datuk Yusof Haslam yang mengambil masa lebih 5 minit hanya  untuk mempromosikan filem terbitan anak-anaknya.

Ramai pihak terutama penonton-penonton ABPBH yang merupakan pembaca setia Berita Harian mencadangkan agar pihak penganjur ABPBH mengeluarkan satu garis panduan yang tegas kepada para penyampai trofi anugerah tersebut agar kejadian membuag masa seperti itu tidak berulang lagi.

Jika perlu kepada penyampai-penyampai trofi yang masih melanggar Garis Panduan berkenaan, wajar digam untuk dijemput untuk menghadiri majlis gemilang itu untuk dimasa akan datang.

SENARAI PEMENANG ABPBH 2011

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz 
Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid 
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz 
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin 
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna 
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha 
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah 
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak 
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias 
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla 
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan 
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

No comments:

Post a Comment