Tuesday, April 10, 2012

Aaron Aziz dakwa Zed Zaidi belum matang (3 GAMBAR)


Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Aaron berkata Zed mempunyai satu pemikiran yang tidak matang

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi melalui akaun twitternya, beliau menyindir rakyat Malaysia yang mengundi Aaron Aziz sebagai pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2011 dan bukannya artis Malaysia. Ternyata kenyataan yang dikeluarkannya itu bakal mendapat komen dan kritikan pedas bukan sahaja dari peminat setia Aaron Aziz malah peminat seni tanah air. Berikut adalah kenyataan yang diambil dari akaun twitter Zed Zaidi:

No comments:

Post a Comment