Thursday, March 1, 2012

Rozita Che Wan ke Sarawak sempena road tour ABP


Memang Murai Batu tersangat rindukan artis wanita bernama Rozita Che Wan. Yalah, bukan mudah untuk bertemu dengannya kebelakangan ini. Mengalahkan Perdana Menteri pula.

Ingatkan, ketika berlangsungnya sebuah majlis fesyen Februari lalu, maka dapatlah Murai Batu bertemu dengannya, tapi apakan daya Rozita Che Wan tak kunjung tiba.

Tapi Murai Batu faham sangat dengan kesibukan jadual Rozita Che Wan. Dia bukan saja laris sebagai pelakon drama, malahan juga sibuk menguruskan perniagaan pakaiannya yang semakin mendapat tempat.

Bagaimanapun baru-baru ini, Murai Batu dikhabarkan bahawa pelakon yang terkenal dengan bulu mata palsu itu akan terbang ke Kuching ,Sarawak pada 11 Mac ini sempena road tour Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di sana.

Tidak keseorangan, malah, Rozita Che Wan akan bertandang bersama-sama beberapa selebriti popular lain seperti Aaron Aziz, Fiz Fairuz dan Fathia. Wah! Pasti seronok.

Mungkin inilah peluang keemasan Murai Batu dan peminat Rozita Che Wan di Sarawak dapat bersua muka dengan pelakon seksi berkenaan.

Pastinya Rozita Che Wan akan 'pasang badan' habis-habisan semata-mata untuk bertemu peminatnya yang sememangya sudah lama tidak melihat kelibatnya dalam mana-mana majlis terbuka.

Tambahan pula inilah peluangnya untuk Rozita Che Wan mempromosikan dirinya kepada peminat di sana kerana dia turut tercalon dalam senarai akhir Pelakon TV Wanita Popular untuk anugerah berkenaan.

Daripada khabar yang Murai Batu dengar juga, Rozita Che Wan telah meyakinkan pihak penganjur bahawa dirinya akan hadir ke acara berkenaan bagi menebus semula kekecewaan oleh sesetengah pihak yang tidak dapat bertemu dengannya pada sebuah majlis baru-baru ini.

Pihak pengajur juga nampaknya tersenyum lebar apabila mendapat tahu bahawa Rozita Che Wan akan hadir dan yakin acara itu nanti akan mendapat serbuan daripada peminatnya di bandaraya Kuching.

No comments:

Post a Comment