Wednesday, March 28, 2012

Lisa Surihani, Yusry rai pertunangan Liyana Jasmay (26 GAMBAR)


Liyana Jasmay sah bertunang dan bakal bernikah pada 24 Januari 2013. (inset) Lisa Surihani & Yusry yang baru sahaja menghabiskan bulan madu turut hadir

Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24 mengikat tali pertunangan bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, malam tadi.

Majlis yang berlangsung penuh meriah itu dihadiri oleh keluarga dari kedua belah pasangan dan juga turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan terdekat.

Apa yang pasti, majlis pertunangan yang berlangsung semalam sudah hampir menyerupai majlis persandingan. Terpegun! dengan persiapan rapi pihak Liyana Jasmay dan juga jumlah tetamu yang hadir. Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut termasuklah Vanidah Imran & Rashidi Ishak, Scha Al-Yahya & Awal Ashaari, Marsha, dan juga selebriti yang baru sahaja menghabiskan bulan madu mereka, Lisa Surihani & Yusry.

Kehadiran mereka berdua menarik pandangan para media yang hadir, apa tidaknya, ini kemunculan pertama mereka selepas habis berbulan madu di eropah. Dikesempatan itu, jurugambar sempat mengambil beberapa keping gambar Lisa Surihani & Yusry untuk tatapan para peminat.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili bapa pihak lelaki, Datuk Abdul Rauf.

Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat.

Manakala, pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin dimana Liyana Jasmay tampil anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini yang bernilai RM 10000.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju menetapkan tarikh pernikahan berlangsung pada 24 Januari 2013.



























No comments:

Post a Comment